Monday, May 31, 2010

restoran thai thai

cuti hari wesak minggu lepas, saya ambil kesempatan keluar bersama BFF, Zuriyani Mat Zain sebab dia dah last day kat S.Alam. Praktikal dah abis, cuti sebulan sementara tunggu posting. alahai, jadi cikgu jugak BFF saya yang nih..dulu bukan main lagi dia cakap tak nak jadi cikgu. dia kata - "dah penat2 menghabiskan zaman persekolahan, buat apa nak masuk sekolah balik"..alih2 skrg dia plak yang jadi cikgu...rezeki lah katakan..

anyway, back to cerita jalan2 saya, kami ke sunway pyramid hari tu.. tengok wayang citer Shrek..best..
tapi shrek kali ni sedih skit, tapi masih menghiburkan..terutama Puss yang dah gemukss tu..hahaha





sebelum tgk wayang, isi perut dulu di Restoran Thai Thai.. best giler tom yam dia, memang mabelous la, rs cam makan tom yam yang pernah saya makan masa kat bangkok dulu, hehehe..





kami makan tom yam mee hon, tapi kami amik flat thai noodle, yg mee dia mcm kuey tiaw tu, tapi kecik skit dari kuey tiaw, sedap..heheh
suasana dalam kedai pun cantik, sonok makan kat situ..len kali nak pegi lagi la, hehehe
kredit gambar untuk en google, hehehe

sampai jumpa lagi
p/s: marathon kenduri kawin akan bermula sedikit masa saja lagi..akan penat giler bila balik kampung kali ni

bandung lagi...

seperti tajuk diatas, kali ni nak sambung cerita trip ke bandung lagi..terlalu seronok ke kota paris van java itu sehinggakan tak banyak gambar yang di snap..apapun, layan je la yek..

sebelum tu nak citer serba sedikit perjalanan di sana. bertolak dari klia kol 9.10 pagi.. sampai jakarta, 10.30 pagi (waktu jakarta). disebabkan tiket terus ke bandung takde, terpaksa naik MAS then kena transit dari Jakarta ke Bandung naik bas yang makan masa 3 jam. dan setengah jam lagi untuk sampai tempat shopping yang pertama iaitu Jalan Riau, kawasan yang banyak Factory Outlet tu..hehehe

sampai di jalan riau, terus di bawa shopping di Terminal Tas, Summit dan Heritage yang perlu diselesaikan dalam masa tiga jam saja yek (mana cukup kan, huhuhu).
sempat la sambar dua helai baju yang tak seberapa, hehehe..

kol 7 gerak ke hot spring, atas skit dari tangkuban perahu, untuk makan malam.
part ni memang tak best nak citer sebab tripnya yang azab, kena amik masa dalam dua jam nak sampai ke hot spring selepas ikut jalan yang turun dan naik bukit, macam nak ke cameron highlands dah haku rasa..huhuhu

semua yang ada dalam bas dah bising2 bila nak sampai sebab masing2 dah lapar..
sampai2 jek, makanan yang dihidangkan agak mengecewakan, tapi sebab lapar, saya layankan aje walaupun kena dok semeja dengan orang yang tak abis2 mengomel pasal perjalanan yang panjang untuk ke hot spring.

hari kedua, bergerak ke outlet diberi nama stock center..ada banyak tshirt cantik. dah amik dua helai tshirt Pierre Cardin untuk saya dan Abe, dan dua helai untuk dua adik lelaki saya, tapi bila nak g bayar tu, ada plak yang cakap, baik beli di rumah mode, lagi banyak tshirt yang cantik dan murah.. terus letak balik semua tshirt tu dan tak jadi beli apa2..

then, rombongan bergerak ke Toko Tiga, tempat jual jeans Levis yang memang menjadi tumpuan orang Malaysia kalau ke Bandung ni. kat sini sempat sambar tiga jeans, satu tuk saya, dua untuk Abe. Oklah, puas hati shopping kat sini.

pastu, gerak g pasar baru. tempat ni memang syurga beli belah, ada 8 tingkat smuanya, tapi saya sempat pusing dua tingkat jek, huhuhu
beli telekung sembahyang untuk sepupu yang nak kawin awal Jun ni dan beli kain cotton yang memang cantik gila. disebabkan kesuntukan masa, tak sempat nak beli kain batik untuk mak dan mak mertua. juga menyesal sebab tak beli kain pasang yang ada kerawang2 tu tuk adik2..huhuhu..kena pergi lagi nih..hehehehe

lepas tu. gerak ke Rumah Mode, cadang nak tangkap gambar cantik2 kat sini, tapi sayangnya hujan plak.. so, shopping sakan je la kat rumah mode tu. kat sini memang saya shopping sungguh. sambar baju tuk saya dah tiga helai, baju tuk abe dua helai..
beli tshirt lagi kat mode plus, sebelah rumah mode tu, heheh..memang seronok la, hehehe


malam tu, cadang nak g spa yang ada kat hotel dengan rakan sebilik, iaitu puan angah, tapi bila dah pergi spa tu, suasana amat mengecewakan. bilik massage cam bilik rumah urut yang selalu kena serbu ngan polis tu, ada katil mcm katil hospital dua n cadar color putih, takde bunga2 warna warni atau lilin aroma terapi yang wangi seperti yang dibayangkan sebelum ini, huh!! kecewa..

hari ketiga, pepagi trun bekpes (tak pagi sangat la sebenarnya sebab malam tu karok sampai kol 2 pagi, hahah) (pasal makanan, cerita len kali sebab makan tak best sangt, huhu). kena bergerak ke jakarta dah untuk balik ke Malaysia. kuar hotel, ramai giler peniaga2 dah tunggu nak serbu org2 kaya dr malaysia nih, hahaha..
masa nih, ada tgk org jual kain batik, cadang nak beli, tapi malas nk turun dr bas sebab bas mcm dah nak gerak..pastu nyesal sebab lagi tak beli..huhu

sampai jakarta, dibawa shopping di mangga dua, tak best kat sini sebab crowded n barang2 cam biasa2 jek, tiruan yang mmg nmpk murah giler, tapi disebabkan kasut dah tak selesa tuk di pakai, sambar le kasut yang dijual longgok tu, 12 rgt sepasang, hehehe.. sambar dua pasang, hahaha

itulah sedikit sebanyak perjalanan saya dan ahli kelab newsdesk di bandung. keseluruhannya, seronok la shopping kat bandung, macam nak pergi lagi lain kali..hhehehe



sampai jumpa lagi..
p/s: lupa nak bagitau, saya menginap di Hotel Nalendra, katanya 3 bintang, tapi paip kat shower agak buruk, huhuhu..bufet bekpes pun tak banyak pilihan

Tuesday, May 25, 2010

Trip ke Bandung, Indonesia

lama tak menjengah blog kesayangan ni sebab saya sebenarnya ke Bandung 21 hingga 23 Mei lalu, trip bersama ahli kelab Newsdesk Berita Harian..

memang best giler trip ke Bandung sebab trip kali ni memang untuk shopping semata-mata..heheheh
berjaya la menghabiskan duit beberapa juta...rupiah yerk, bukan ringgit, hahahaha
tapi gambar tak banyak sangat diambil sebab masing-masing sibuk bershopping.
kasi preview dulu lah yek, gambar ni dari fotografher pro yang juga ahli kelab, nama dia Azrul, gambar ni cilok dr FB dia, hehehe...Apapun, layan...


(gambar dalam poster ni memang sengaja dibuat begini guna lens fish eye milik tuan photographer, kelakar plak muka sorang2 dalam poster ni, heheheh)


(inilah dia rombongan ahli kelab newsdesk BH trip 1 ke Bandung, memang happening dan pening, hahahah)

sampai jumpa lagi..
p/s: nanti saya masukkan lagi gambar menarik ketika di bandung dan cerita serba sedikit mengenai perjalanan di sana yek.. hehe

Wednesday, May 19, 2010

Kakak Tiri Cinderella


(pic ehsan en google)

kali ni nak kongsi mengenai cerita Kakak Tiri Cinderella a.k.a Cinderella Stepsister yang kini sedang ditayangkan di Astro saluran 303, KBS World, more than you imagine..hehehe, siap bagi tagline bagai, hahahaha

Ya, sekarang ni saya ketagih dengan drama ni, suka sangat citer ni, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam mesti tercongok depan TV sebab nak tengok cerita ni. Jalan cerita dia best, memang cukup lengkap dengan pelbagai perasaan, gembira ada, marah ada, sedih ada, lucu ada, pendek kata macam-macam ada. Korea ni kalau buat citer memang best la, cukup rasa orang kata, memang kalah lah penambah perisa Knor Cukup Rasa tuh, hahahaha

Selain jalan citer dia yang best dan mengasyikkan (yang kadang kala boleh buat air mata saya mengalir, hahahah) ialah pelakon utamanya tu,
Moon Geun Young sebagai Eun Jo, sebabnya saya memang minat budak ni sejak dia berlakon citer MY Little Bride dulu lagi, masa tu dia kecik lagi, tapi sangat comel, hehehehe.. kalau nak tahu kecomelan dia, kena la g cari CD My Little Bride tu yek..takpun, download jek movie tu kat internet, hehehe.. ni saya tempek sikit gambar cover CD citer tu, hehe


comelkan Moon Geun Young masa belasan tahun, hehe (pic ehsan en google)

Mari baca sinopsis dia di bawah ni, dan part perenggan paling bawah tu, saya suka..hehehe...
Kepada peminat cerita korea, jangan lupa tengok citer ni yerk, sebab memang best dan tak rugi tengok, hehehe

Synopsis (sumber dari en google, hehe)
A modern day adaptation of Cinderella with a twist as our Cinderella, Goo Hyo Sun, plots revenge against her evil stepsister , Eun Jo for years of pain and suffering.

She has neither aspiration nor emotion and her smile is sarcastic. Eun Jo is a girl who has apathy toward life. Her mother, who has been living as a single mother for 18years, finally found the right person to marry and brought Eun Jo into the stepfather’s house.

A decent house and a decent family…. Eun Jo feels that everything in this house does not fit for her. The most unbearable thing she faces is the stepsister Hyo Sun, who is the apple of her father’s eyes and beloved by everyone in the house. Hyo Sun also takes away the mind of Eun Jo’s mother, just like her bright and untainted character attracted all the other people. Eun Jo cannot tolerate this situation, since she lost the only one that she completely owned.

She sets her mind on getting even with Hyo Sun. ‘Cinderella shouldn’t be loved by her stepmother. You broke the rule! I’ll pay you back by taking away what you have and will have! But then… What should I do first?’


oh Eun Jo yang comel, hehe (pic ehsan en google)

credit : KBS World

Main Cast
Moon Geun Young as Eun Jo
Seo Woo as Goo Hyo Sun
Chun Jung Myung
Taecyeon as Jung Woo
Lee Mi Sook
Kim Gab Soo
Kang Sung Jin

sampai jumpa lagi
p/s: Ada satu lagi drama korea yang best jugak Becoming A Billionaire, tetapi tak sempat nak follow, so dah ketinggalan n malas nak download kat internet, jadi lupakan saja, hehehe

Friday, May 14, 2010

K.A.L.A.H

ya, sah la sudah malaysia kalah!! ya kalah 3-0 menentang china.
semua pemain kalah straight set yek, tuan-tuan dan puan-puan, hahaha
macam tak de semangat perjuangan langsung mereka semua, hampa saya, hehe
mutu permainan yang ditunjukkan tidak sehebat mana, cuma regu KKK n TBH jek memberi sedikit tentangan pada game pertama, lepas tuh, semua hado..

kecewa, tapi sebenarnya dah bleh agak dah, hahahaha
takpelah, cuba lah lagi tahun 2012, hehehe

oklah, sebab Malaysia dah kalah, saya pun nak tido dulu la, esok kena kerja walaupun sepatutnya offday sebab ada asgmnt yang perlu di cover di putrajaya.

sampai jumpa lagi
p/s: Risau nih nak drive sorang2 ke Putrajaya esok, sebab selalu pergi berteman dengan Abe atau kawan2, huhu..harap2 perjalanan pergi dan balik, esok berjalan lancar..Amin

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas

Masih lagi berkisar mengenai Piala Thomas, sebab semangat kesukanan saya masih berkobar-kobar lagi nak tengok Malaysia mara ke peringkat akhir walaupun laluan untuk skuad kebangsaan agak penuh ranjau dan duri sebab...
lawannya nanti China beb, juara bertahan tuh, bukan calang-calang lawan, lawan yang kena ditentang habis-habisan.. bak kata pemain regu Denmark (lupa dah nama dia, hehe) semua orang nak kalahkan China, juara bertahan itu, hehehe

Kelmarin, saya sungguh seronok sebab Malaysia menang lawan Denmark, 3-2, dan terima kasih kepada Hafiz Hashim sebab jadi penyelamat kepada Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir. Saya juga seronok sebab semangat dan mutu permainan yang ditunjukkan skuad kebangsaan boleh dibanggakan, semuanya semangat nak menang, nak bagi Malaysia masuk separuh akhir. Kalau semua pemain boleh main bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah macam masa lawan Denmark hari tuh, mesti peluang untuk mara ke peringkat akhir masih cerah, hehehe

Saya tau harapan untuk ke peringkat akhir agak 50-50 atau boleh kata 30-70, hehehe..tapi saya tetap sokong Malaysia hingga ke titisan peluh Hafiz Hashim yang terakhir, hahahaha

Hari ini marilah ramai-ramai kita balik kerja awal, eh takde la awal pun, memang balik keje kol 5 pun untuk menyaksikan perlawanan Piala Thomas Malaysia menentang China, go Malaysia go, yeah!!

sampai jumpa lagi
p/s: Kalau Malaysia tak berjaya ke final, al jawabnya, lengang la Stadium Putra Bukit Jalil macam yang terjadi di Indonesia dua tahun lalu, bila Indonesia gagal layak ke peringkat akhir sebaliknya China lawan Denmark, hehe

Tuesday, May 11, 2010

saya bersukan??

tajuk tak mahu kalah, hehehe
memang jauh la langit ngan bumi kalau saya nak bersukan sekarang nih, haha
sebenarnya entry kali ni nak cakap pasal sukan, bukan saya bersukan, hihi
sukan yang saya maksudkan ialah sukan badminton, Piala Thomas dan Piala Uber yang sedang hangat berlangsung sekarang nih.
saya memang suka dengan sukan badminton ni sejak zaman Rashid Sidek memang piala Thomas tahun 1992 tu lagi, hehehe (eh, betul ke?? bukan ke masa tuh saya masih budak hingusan lagi..T_T)

oklah, berbalik kepada Piala Thomas ni..
Semalam bukan main bersemangat lagi saya, semangat balik kerja awal sebab nak tengok Piala Thomas, hehehe

Alih-alih, harapan untuk Malaysia untuk menjadi juara kumpulan B tidak kesampaian apabila Malaysia kalah plak bila bertemu Jepun semalam, kalah 3-2, sedihnya saya, terus rasa kecewa dengan persembahan dan mutu permainan yang ditunjukkan terutama oleh Wong Choong Han, Fairuz dan Zakry, serta Hafiz Hashim, acecehceh, dah macam penulis bahagian sukan plak, hahaha

Bagaimanapun, syabas juga kepada Datuk Lee Chong Wei dan regu KKK dan Boon Heong sebab bagi dua mata untuk Malaysia. Saya memang suka tengok corak permainan Chong Wei yang begitu bersemangat untuk bagi kemenangan pada Malaysia, alih-alih harapan itu dileburkan oleh empat pemain itu, huhu

Yang paling memalukan ialah bila Fairuz pulak buat tindakan bodoh terikut2 dengan provokasi penonton, aduhai sungguh tidak profesional budak itu, hehehe..Dah kalah tu kalah la, tak yah la nak emo-emo segala bagai, heiii memalukan sungguh (pinjam kata-kata Rexy, hehe)


(pic dari berita harian)

Apapun, betul la orang cakap, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita pandai la cakap dan kutuk segala bagai orang main tak best la, slow sangat la, smash tak sharp la, macam2 lagi lah,..cuba kita dok kat tempat mereka, mungkin mcm tu jugak kot, hehehehe

Takpelah, masih ada harapan lagi kot untuk suku akhir nanti, tapi kali ni Malaysia lawan Denmark la pulok, lawan yang bukan calang-calang jugak, lagi hebat daripada Jepun. Apakah harapan untuk melihat Malaysia mara ke separuh akhir boleh menjadi kenyataan atau tidak, sama-sama lah kita tunggu petang nanti, hehehe..
Go Malaysia Go, Malaysia Boleh, Majulah Sukan untuk Negara, heheheh

sampai jumpa lagi
p/s: Skuad Piala Uber negara yang bertemu Indonesia tengah hari ni jugak sudah ketinggalan 2-0, huhuhu

Sunday, May 9, 2010

ratu hatiku

Ratu hati saya yang dimaksudkan ialah emak saya, HASMAH BT CHE MAT, hehehe
Dialah ibu yang tidak pernah jemu melayan karenah saya dari kecik hingga besar, hingga saya dah jadi isteri orang pun dia masih tak jemu layan karenah saya yang kadang kala mengada-ngada cam budak kecik,terutama masa saya sakit hari tu, ngalahkan adik saya yang umur 11 tahun tu, hahahaha

Yalah, saya merantau di negeri orang, cari rezeki, so jarang-jarang sekali dapat jumpa Mak, sebab tu la bila balik kampung, saya jadi mengada-ngada ngan Mak, heheheh

Sempena hari ibu, selamat hari ibu saya ucapkan kepada Mak kesayangan saya dan juga mak mertua saya, kasih sayang dan pengorbanan kalian berdua, tak terbalas rasanya.
Saya sayang Mak dan Mek, selamanya.


sampai jumpa lagi
p/s: Baru nak g beli hadiah hari ibu untuk Mak dan Mek jap lagi, hehehe

Tuesday, May 4, 2010

mama bosan!!!

ingat lagi tak mengenai satu cerita dulu yang ada watak Mama Bosan?? Saya ingat memang ingat ada citer tu, tapi jalan citer dia saya dah lupa, hehehe.. T_T

sebenarnya sekarang nak cerita mengenai kebosanan saya yang sudah memuncak, setinggi Menara KLCC. Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ini, saya rasa macam bosan jek.
Terutama sekali minggu ni.
Balik rumah, buka pintu, tengok rumah kosong jek. Bosan!
(kalau ada suara kanak-kanak kan best, huhu..tak pun ada Mak dan adik-adik, mesti seronok, hehehe)
Buka FB pun, Bosan!
Tengok berita pun, Bosan!
(smua berita yang disiarkan banyak pasal politik dan propaganda jek smua, huh!)
Nak makan pun, Bosan!
(asyik makan benda yang sama jek, huhu)

Saya rindu lah celoteh Mak dan gelak ketawa adik-adik, kalau mereka ada kat rumah saya sekarang kan best.
Nak balik kampung jenguk Mak dan adik-adik, masa tak mengizinkan la pulak, huhuhu
sungguh saya rindu mereka, waaaaaaaaaaaaaaaaa


(mak dan adik-adik ketika berkunjung ke KLCC bulan lalu, sungguh saya rindu sama mereka semua,huhuhu)

sampai jumpa lagi
p/s: tambah bosan sebab Abe keje petang, so balik tengah malam minggu ni, huhu

Sunday, May 2, 2010

marah

Marah... hari ini saya sangat marah, sangat-sangat marah sebab saya baru lepas kena marah tadi. tapi nasib baik saya boleh mengawal kemarahan saya dan tidak mencerminkan kemarahan itu kepada khalayak ramai. kata orang, marah itu perangai syaitan, jadi saya tidak mahulah berkawan dengan syaitan, biarlah mereka yang berhati marah itu saja berkawan dengan syaitan.

disebabkan terlalu marah tadi, sehingga rasa macam mahu saja saya hamburkan kemarahan ini kepada satu dunia, jadi saya google tip atau cara-cara untuk mengawal emosi marah ini supaya tidak mempamerkan sikap bodoh dan kurang cerdik kerana mengikut nafsu amarah syaitan itu. di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya dapat daripada en google melalui laman web iluvislam.com..hehehehe (tengok, kan dah boleh gelak lepas baca tip ini, hihihihi, gelak lagi...:))



CARA MENGURUS KEMARAHAN

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah


2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu

3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai.
Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.

“Angry people are those who are most afraid” -Robert Anthony-
“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” -Imam AL Ghazali-

Jadi, kawan-kawan, janganlah kita marah-marah, kesan untuk jangka panjang, sangatlah tidak elok, tambah-tambah lagi bila anda tu sudah tua, bila marah, muka terus berkerepot dan berkedut seribu, eeeiiiii, sangat buruk kan, hihihihi...T_T...
Renung-renungkan dan selamat beramal, hehehehe

Sampai jumpa lagi
p/s: kalau selalu marah-marah, orang pun malas nak respect dekat kita kan...
saya pula, kalau terlampau marah sampaikan perkataan tu tak terkeluar dari mulut, tapi air mata plak yang mengalir, hihihi

Saturday, May 1, 2010

hari buruh, hari pekerja

hari ini adalah Labour Day atau ada yang translate jadi hari buruh.
saya lebih suka sebut hari pekerja, sebab hari buruh tu rasa macam kerja buruh kasar kat tapak pembinaan plak, hehe
apapun, disebabkan hari ini hari pekerja, saya juga tidak bekerja.
tapi rasanya, sejak saya bekerja tiga tahun lalu, inilah hari pekerja yang pertama kalinya saya cuti.

sebabnya dulu masa duduk kat newsdesk, offday tak tentu, selalunya hari Public Holiday macam ni, saya kena kerja.
tapi takpelah, dapat double pay (eh, ke triple pay, hehehe)
kalau dua tahun lalu, ada saje suara-suara keji yang dok menyakitkan hati insan-insan yang kena kerja di hari pekerja macam saya ni.
antaranya:

"WOI.. Mat indon pon cuti la Hari Buroh.. Ko lagik terok dari Mat indon, khakakhakha
"bangla keje pun tau cuti, ko ni sampaikan hari buruh pun keje"

saya jawab senang jek, sebab saya bukan buruh cam bangla tu...
saya ni kuli jek, hahahaha, sebab tu kena keje jek manjang...

sekarang dah tukar ke desk pendidikan, setiap kali public holiday, saya juga akan ikut bercuti, dan offday pula lebih tersusun iaitu setiap Sabtu dan Ahad.

oh ya, semalam, sempena hari pekerja, NUJ mengadakan makan-makan di ofis.
saya pun join la sama memeriahkan majlis.
macam2 makanan ada.
ada sate, nasi goreng cina, capati, ayam goreng, kuih muih dan juga teh tarik, hehehe
apa yang saya makan? hehehe


(maafkan ketamakan saya, hahahaha)


apapun, selamat hari pekerja kepada semua pekerja di seluruh dunia
selamat bekerja dengan lebih berdedikasi, hehehehe

sampai jumpa lagi
p/s: Abe bagi green light untuk saya kalau2 saya nak hang out ngan kengkawan petang ni, hihihi, sonoknya