Monday, May 31, 2010

bandung lagi...

seperti tajuk diatas, kali ni nak sambung cerita trip ke bandung lagi..terlalu seronok ke kota paris van java itu sehinggakan tak banyak gambar yang di snap..apapun, layan je la yek..

sebelum tu nak citer serba sedikit perjalanan di sana. bertolak dari klia kol 9.10 pagi.. sampai jakarta, 10.30 pagi (waktu jakarta). disebabkan tiket terus ke bandung takde, terpaksa naik MAS then kena transit dari Jakarta ke Bandung naik bas yang makan masa 3 jam. dan setengah jam lagi untuk sampai tempat shopping yang pertama iaitu Jalan Riau, kawasan yang banyak Factory Outlet tu..hehehe

sampai di jalan riau, terus di bawa shopping di Terminal Tas, Summit dan Heritage yang perlu diselesaikan dalam masa tiga jam saja yek (mana cukup kan, huhuhu).
sempat la sambar dua helai baju yang tak seberapa, hehehe..

kol 7 gerak ke hot spring, atas skit dari tangkuban perahu, untuk makan malam.
part ni memang tak best nak citer sebab tripnya yang azab, kena amik masa dalam dua jam nak sampai ke hot spring selepas ikut jalan yang turun dan naik bukit, macam nak ke cameron highlands dah haku rasa..huhuhu

semua yang ada dalam bas dah bising2 bila nak sampai sebab masing2 dah lapar..
sampai2 jek, makanan yang dihidangkan agak mengecewakan, tapi sebab lapar, saya layankan aje walaupun kena dok semeja dengan orang yang tak abis2 mengomel pasal perjalanan yang panjang untuk ke hot spring.

hari kedua, bergerak ke outlet diberi nama stock center..ada banyak tshirt cantik. dah amik dua helai tshirt Pierre Cardin untuk saya dan Abe, dan dua helai untuk dua adik lelaki saya, tapi bila nak g bayar tu, ada plak yang cakap, baik beli di rumah mode, lagi banyak tshirt yang cantik dan murah.. terus letak balik semua tshirt tu dan tak jadi beli apa2..

then, rombongan bergerak ke Toko Tiga, tempat jual jeans Levis yang memang menjadi tumpuan orang Malaysia kalau ke Bandung ni. kat sini sempat sambar tiga jeans, satu tuk saya, dua untuk Abe. Oklah, puas hati shopping kat sini.

pastu, gerak g pasar baru. tempat ni memang syurga beli belah, ada 8 tingkat smuanya, tapi saya sempat pusing dua tingkat jek, huhuhu
beli telekung sembahyang untuk sepupu yang nak kawin awal Jun ni dan beli kain cotton yang memang cantik gila. disebabkan kesuntukan masa, tak sempat nak beli kain batik untuk mak dan mak mertua. juga menyesal sebab tak beli kain pasang yang ada kerawang2 tu tuk adik2..huhuhu..kena pergi lagi nih..hehehehe

lepas tu. gerak ke Rumah Mode, cadang nak tangkap gambar cantik2 kat sini, tapi sayangnya hujan plak.. so, shopping sakan je la kat rumah mode tu. kat sini memang saya shopping sungguh. sambar baju tuk saya dah tiga helai, baju tuk abe dua helai..
beli tshirt lagi kat mode plus, sebelah rumah mode tu, heheh..memang seronok la, hehehe


malam tu, cadang nak g spa yang ada kat hotel dengan rakan sebilik, iaitu puan angah, tapi bila dah pergi spa tu, suasana amat mengecewakan. bilik massage cam bilik rumah urut yang selalu kena serbu ngan polis tu, ada katil mcm katil hospital dua n cadar color putih, takde bunga2 warna warni atau lilin aroma terapi yang wangi seperti yang dibayangkan sebelum ini, huh!! kecewa..

hari ketiga, pepagi trun bekpes (tak pagi sangat la sebenarnya sebab malam tu karok sampai kol 2 pagi, hahah) (pasal makanan, cerita len kali sebab makan tak best sangt, huhu). kena bergerak ke jakarta dah untuk balik ke Malaysia. kuar hotel, ramai giler peniaga2 dah tunggu nak serbu org2 kaya dr malaysia nih, hahaha..
masa nih, ada tgk org jual kain batik, cadang nak beli, tapi malas nk turun dr bas sebab bas mcm dah nak gerak..pastu nyesal sebab lagi tak beli..huhu

sampai jakarta, dibawa shopping di mangga dua, tak best kat sini sebab crowded n barang2 cam biasa2 jek, tiruan yang mmg nmpk murah giler, tapi disebabkan kasut dah tak selesa tuk di pakai, sambar le kasut yang dijual longgok tu, 12 rgt sepasang, hehehe.. sambar dua pasang, hahaha

itulah sedikit sebanyak perjalanan saya dan ahli kelab newsdesk di bandung. keseluruhannya, seronok la shopping kat bandung, macam nak pergi lagi lain kali..hhehehe



sampai jumpa lagi..
p/s: lupa nak bagitau, saya menginap di Hotel Nalendra, katanya 3 bintang, tapi paip kat shower agak buruk, huhuhu..bufet bekpes pun tak banyak pilihan

No comments:

Post a Comment