Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Friday, May 14, 2010

K.A.L.A.H

ya, sah la sudah malaysia kalah!! ya kalah 3-0 menentang china.
semua pemain kalah straight set yek, tuan-tuan dan puan-puan, hahaha
macam tak de semangat perjuangan langsung mereka semua, hampa saya, hehe
mutu permainan yang ditunjukkan tidak sehebat mana, cuma regu KKK n TBH jek memberi sedikit tentangan pada game pertama, lepas tuh, semua hado..

kecewa, tapi sebenarnya dah bleh agak dah, hahahaha
takpelah, cuba lah lagi tahun 2012, hehehe

oklah, sebab Malaysia dah kalah, saya pun nak tido dulu la, esok kena kerja walaupun sepatutnya offday sebab ada asgmnt yang perlu di cover di putrajaya.

sampai jumpa lagi
p/s: Risau nih nak drive sorang2 ke Putrajaya esok, sebab selalu pergi berteman dengan Abe atau kawan2, huhu..harap2 perjalanan pergi dan balik, esok berjalan lancar..Amin

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas

Masih lagi berkisar mengenai Piala Thomas, sebab semangat kesukanan saya masih berkobar-kobar lagi nak tengok Malaysia mara ke peringkat akhir walaupun laluan untuk skuad kebangsaan agak penuh ranjau dan duri sebab...
lawannya nanti China beb, juara bertahan tuh, bukan calang-calang lawan, lawan yang kena ditentang habis-habisan.. bak kata pemain regu Denmark (lupa dah nama dia, hehe) semua orang nak kalahkan China, juara bertahan itu, hehehe

Kelmarin, saya sungguh seronok sebab Malaysia menang lawan Denmark, 3-2, dan terima kasih kepada Hafiz Hashim sebab jadi penyelamat kepada Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir. Saya juga seronok sebab semangat dan mutu permainan yang ditunjukkan skuad kebangsaan boleh dibanggakan, semuanya semangat nak menang, nak bagi Malaysia masuk separuh akhir. Kalau semua pemain boleh main bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah macam masa lawan Denmark hari tuh, mesti peluang untuk mara ke peringkat akhir masih cerah, hehehe

Saya tau harapan untuk ke peringkat akhir agak 50-50 atau boleh kata 30-70, hehehe..tapi saya tetap sokong Malaysia hingga ke titisan peluh Hafiz Hashim yang terakhir, hahahaha

Hari ini marilah ramai-ramai kita balik kerja awal, eh takde la awal pun, memang balik keje kol 5 pun untuk menyaksikan perlawanan Piala Thomas Malaysia menentang China, go Malaysia go, yeah!!

sampai jumpa lagi
p/s: Kalau Malaysia tak berjaya ke final, al jawabnya, lengang la Stadium Putra Bukit Jalil macam yang terjadi di Indonesia dua tahun lalu, bila Indonesia gagal layak ke peringkat akhir sebaliknya China lawan Denmark, hehe

Tuesday, May 11, 2010

saya bersukan??

tajuk tak mahu kalah, hehehe
memang jauh la langit ngan bumi kalau saya nak bersukan sekarang nih, haha
sebenarnya entry kali ni nak cakap pasal sukan, bukan saya bersukan, hihi
sukan yang saya maksudkan ialah sukan badminton, Piala Thomas dan Piala Uber yang sedang hangat berlangsung sekarang nih.
saya memang suka dengan sukan badminton ni sejak zaman Rashid Sidek memang piala Thomas tahun 1992 tu lagi, hehehe (eh, betul ke?? bukan ke masa tuh saya masih budak hingusan lagi..T_T)

oklah, berbalik kepada Piala Thomas ni..
Semalam bukan main bersemangat lagi saya, semangat balik kerja awal sebab nak tengok Piala Thomas, hehehe

Alih-alih, harapan untuk Malaysia untuk menjadi juara kumpulan B tidak kesampaian apabila Malaysia kalah plak bila bertemu Jepun semalam, kalah 3-2, sedihnya saya, terus rasa kecewa dengan persembahan dan mutu permainan yang ditunjukkan terutama oleh Wong Choong Han, Fairuz dan Zakry, serta Hafiz Hashim, acecehceh, dah macam penulis bahagian sukan plak, hahaha

Bagaimanapun, syabas juga kepada Datuk Lee Chong Wei dan regu KKK dan Boon Heong sebab bagi dua mata untuk Malaysia. Saya memang suka tengok corak permainan Chong Wei yang begitu bersemangat untuk bagi kemenangan pada Malaysia, alih-alih harapan itu dileburkan oleh empat pemain itu, huhu

Yang paling memalukan ialah bila Fairuz pulak buat tindakan bodoh terikut2 dengan provokasi penonton, aduhai sungguh tidak profesional budak itu, hehehe..Dah kalah tu kalah la, tak yah la nak emo-emo segala bagai, heiii memalukan sungguh (pinjam kata-kata Rexy, hehe)


(pic dari berita harian)

Apapun, betul la orang cakap, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita pandai la cakap dan kutuk segala bagai orang main tak best la, slow sangat la, smash tak sharp la, macam2 lagi lah,..cuba kita dok kat tempat mereka, mungkin mcm tu jugak kot, hehehehe

Takpelah, masih ada harapan lagi kot untuk suku akhir nanti, tapi kali ni Malaysia lawan Denmark la pulok, lawan yang bukan calang-calang jugak, lagi hebat daripada Jepun. Apakah harapan untuk melihat Malaysia mara ke separuh akhir boleh menjadi kenyataan atau tidak, sama-sama lah kita tunggu petang nanti, hehehe..
Go Malaysia Go, Malaysia Boleh, Majulah Sukan untuk Negara, heheheh

sampai jumpa lagi
p/s: Skuad Piala Uber negara yang bertemu Indonesia tengah hari ni jugak sudah ketinggalan 2-0, huhuhu