Sunday, May 2, 2010

marah

Marah... hari ini saya sangat marah, sangat-sangat marah sebab saya baru lepas kena marah tadi. tapi nasib baik saya boleh mengawal kemarahan saya dan tidak mencerminkan kemarahan itu kepada khalayak ramai. kata orang, marah itu perangai syaitan, jadi saya tidak mahulah berkawan dengan syaitan, biarlah mereka yang berhati marah itu saja berkawan dengan syaitan.

disebabkan terlalu marah tadi, sehingga rasa macam mahu saja saya hamburkan kemarahan ini kepada satu dunia, jadi saya google tip atau cara-cara untuk mengawal emosi marah ini supaya tidak mempamerkan sikap bodoh dan kurang cerdik kerana mengikut nafsu amarah syaitan itu. di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya dapat daripada en google melalui laman web iluvislam.com..hehehehe (tengok, kan dah boleh gelak lepas baca tip ini, hihihihi, gelak lagi...:))



CARA MENGURUS KEMARAHAN

1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah


2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.

Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu

3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak

a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai.
Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.

“Angry people are those who are most afraid” -Robert Anthony-
“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” -Imam AL Ghazali-

Jadi, kawan-kawan, janganlah kita marah-marah, kesan untuk jangka panjang, sangatlah tidak elok, tambah-tambah lagi bila anda tu sudah tua, bila marah, muka terus berkerepot dan berkedut seribu, eeeiiiii, sangat buruk kan, hihihihi...T_T...
Renung-renungkan dan selamat beramal, hehehehe

Sampai jumpa lagi
p/s: kalau selalu marah-marah, orang pun malas nak respect dekat kita kan...
saya pula, kalau terlampau marah sampaikan perkataan tu tak terkeluar dari mulut, tapi air mata plak yang mengalir, hihihi

No comments:

Post a Comment