semalam g check kat PPUM selepas 44 hari berpantang.
patutnya appointment kol 3 petang, tapi g lambat, so daftar la kol 3.30 petang, so dapat la nombor giliran 6041.
ingatkan ada 6 ribu pesakit tengah tunggu nak jumpa doktor, sampaikan ada sorang kakak tu siap tanya kat kaunter pendaftaran, nombor dia lambat lagi ke sebab nombor kat papan nombor giliran tu (okeh, abaikan perkataan nombor yang banyak sangat tuh, haha) baru lima ribu. (pengsan okeh kalau betul ada beribu-ribu orang que nak jmpa doktor, haha)
sib baik petugas kat kaunter kata bukan beribu pesakit, cuma mungkin dalam sepuluh atau dua puluh orang jerk..ikut nombor giliran kat belakang tu.
maknanya, kalau nombor saya 41, n nombor giliran sekarang, 6001, ada lagi 40 orang perlu saya tunggu baru sampai giliran saya, hoh, lama seh kena tunggu..takpe la, nak wat cm mn..huhu
tunggu punya tunggu, tengok kat papan nombor giliran, panggilan masuk ke bilik doktor, tak sama..pelik sekejap (maklumlah, sebelum ni tak pernah g sepital check cam skrg yek, haha)
lepas tu penat duduk kat kerusi keras, pindah dok kat sofa empuk skit, baru terperasan papan tanda berbunyi.."SETIAP PESAKIT AKAN DIPERIKSA MENGIKUT DOKTOR PAKAR YANG BERBEZA, JADI PANGGILAN NOMBOR GILIRAN MUNGKIN TIDAK MENGIKUT GILIRAN, HARAP BERSABAR (okeh, yang bersabar tu saya tambah sendiri, haha)..
ooo..baru faham..hahahahaha..gelakkan diri sendiri jap, kekekeke..
tunggu punya tunggu lagi, nak terkucil la plak, sib baik Abe kata jangan g toilet dulu takut sampai turn saya, orgnya takdok plak g toilet..rupnya betul tekaan Abe, baru kejap dia cakap cam tu, akhirnya tiba giliran saya, hoorey..(penat okeh tunggu sampai 2 jam, melepek kat sofa klinik tu!!)
ok, masuk jmpa doktor, sib baik doktor pompuan..takut kalau dapat doktor lelaki sebab takut dia selak2 (yea la, selak kain la, apa lagi, heheheh) utk scan cam sebelum ni..
rupa-rupanya..kejadian itu tidak berlaku..heheh, lega..malah doktor ni takde pun pegang2 tgk perut saya atau soh baring ke apa2..ok fine, senang keje saya (eh, senang keje saya ke keje doktor?? hehehe)
tapi agak kecewa jugak, sebab tunggu dua jam, doktor cuma bagitau:
" ok, sah keputusan diagnostic awak ada ectopic pregnancy (dah tau la doktor, dah buang dah pun) dan kita akan bagi acid foliclah sebab awak plan untuk dapt baby lagi di masa depan, so kena makan acid folic...buat masa sekrang kena plan dulu la ye..ok itu saja, saya discharge awak, jgn lupa makan ubat yea..itu saja.."
mungkin doktor nak cepat kot, sebab jam dah kol 5 petang, dia dah nak balik, hehehe..takpela doktor, disebabkan doktor nak balik awal, tak jadi la saya nak tanya mcm2, huhuhu..
apapun. saya berharap lepas ni Allah masih membuka peluang untuk saya dapat baby lagi..Amin..
lepas check up, sempat lagi g teman Abe beli spare part moto dia sebab hilang kena curik ngan sapa ntah masa parking moto kat umah..sian hubby, selalu spare part moto dia kena curi, tak faham tol ngan manusia yang suka ambil hak orang nih..
alang2 dah dekat pj, terus lajak g sunway pyramid, tgk wayang okeh, hehehe
ceritanya..clash of the titans..best la jgk, tapi kena hati2 la tgk sebab citer agak mengarut, ada ke Hades tu penjaga neraka dan Zeus tu penjaga Syurga..ish..ish..
ok la, sampai jumpa lagi...
p/s: gambar2 penat menunggu ketika di klinik gynea PPUM n kat Sunway Pyramid lupa nak snap, sebab tak bercadang pun nak post entri ni, hehehe
No comments:
Post a Comment