sudah buat e-filing ke belum? eh, belum? cepat pergi buka laman web LHDN dan tengok tarikh tutup dia, mesti lepas tengok tu akan cepat-cepat g buat e-filing, hehe
yea, tarikh tutup dia 30 hb ni, esok lusa jek lagi yek..
saya sibuk tanya-tanya orang, saya ni dah buat ke belum?
saya dah buat dah, 27hb hari tu, hehehe
kejap jek buat e-filing ni.
tak sampai 5 minit pun.
berita gembiranya lepas buat e-filing itu ialah bila notes paling bawah tu keluar.
iaitu CUKAI TERLEBIH BAYAR: RMX,XXX.XX
hehehe, seronok giler.
harap2 kali ni LHDN pulangkan duit cukai terlebih bayar tu.
jangan jadi macam tahun lepas, saya ada lebihan dalam RM500 lebih, dia tak pulangkan, siap hantar surat kata cukai ada lagi kena bayar RM250, siot jek..(tapi saya tak bayar pun, lantak lah, hahahahah)
takpe, kita tunggu dan lihat tahun ni pulak.
kalau tak bayar balik gak, saya nak g marah LHDN (wah, sungguh berani bunyinya, tapi mampukah, hahahaha)
oklah, nak sambung aktiviti blog hopping, hehehe
sampai jumpa lagi
p/s: Metrojaya ada warehouse sale kat Stadium Malawati, Seksyen 13 Shah Alam bermula 28 April hingga 2 Mei, tapi saya tak dapat pergi sebab kerja, huhu
No comments:
Post a Comment