Jalan Kangkung, seksyen 24, shah alam sebenarnya rumah yang saya duduk bersama lima BFF selepas habis belajar dulu, then silih berganti penyewanya, sebab ada yang dah kawin, so kena la pindah, dan di ganti dengan penyewa baru, termasuklah saya yang sudah dua kali berpindah sejak kawin dua tahun lalu. so, total yang pernah menetap dan masih menetap di jalan kangkung ialah lapan orang iaitu saya, cik ngah, kak yani, ita, nana, meare dan lat n along yang dikategorikan penyewa baru..hehehe
penyewa tegar yang masih tinggal di rumah itu ialah BFF saya iaitu cik ngah, sebab dia lum kawin lagi, so kena lah terus dok situ lagi pun rumah tu mmg dekat ngan tmpt keje dia..
oklah, untuk perihal geng jalan kangkung ni, nanti saya cerita satu2 pasal diaorg dekat entri lain yek..hehehe

nilah dia geng jalan kangkung (saya? tiada dalam gambar sebab ms ni dah jadi puan n along blum pindah msk, hehe)
kali ni nak cerita pasal gathering kat umah salah seorang bekas penyewa rumah Jalan Kangkung iaitu Ita yang dah kawin hujung tahun lalu..ala-ala reU kecil-kecilan geng jalan kangkung la ni (tapi nana n meare tak dapat join), sekali gus ngan majlis makan2 yang dibuat oleh tuan rumah sempena masuk rumah baru, hehe..
kami (geng jalan kangkung- dulu dan kini) gerak ke umah Ita di Saujana Utama lebih kurang jalan 12.30 pm. singgah g seksyen 9 jap, beli Dominos Pizza sebagai buah tangan tuk bawa g umah Ita (takkan g umah orang nak bawa tangan kosong je kan, hehe)..
Sampai umah ita dalam kol 1.30 kot, lupa dah sbb masa sampai, mmg tak tgk jam kat tangan, hahaha...
btw, g sana naik keta baru cik ngah, buah hati oren dia tu, n dia yang drive okeh, dengan berhemahnya, maklumlah orang baru berjinak-jinak dengan dunia pemanduan ini, mesti la bawa keta slow n steady jek, (macam saya gak, kategori bawak keta slow yang kalau kat highway, mesti dok lorong paling kiri, hehehehe)


buah hati oren cik ngah (pic ihsan google) tp keta dia pun mmg sejibik cam ni, lum diubah apa2 pun, hehe
menu semalam ialah pizza yang kami bawa tu n special menu dari ita ialah laksa penang...saya tak leh makan laksa lagi, so tak tau mcm mana rasanya, tapi geng2 lain cakap, sedap sangat smp kak yani tambah sampai dua mangkuk, hebat betul penangan air tangan ita, sampai bertambah2 semua orang makan, hehehe...
rugi saya tak dapat rasa...
apa yang saya makan semalam?
menunya ialah nasi goreng yang ita wat tuk sarapan pagi tapi sedap, hehehe..plus pizza yang dibawa, saya ngap sampai dua tiga slice, belasah jek walaupun dalam pizza tu ada bahan2 yang saya tak leh makan, tapi sib baik lepas makan tak sakit sana sini..syukur..
gerak balik dari umah ita, kol 3.30pm.. lepak kat jalan kangkung jap tunggu nana datang hantar kek coklat yang tak sempat bawa g umah ita sebab hubby dia baru blk keje, tak sempat g saujana utama. so, dia singgah kat jalan kangkung jap, dapat la jmp asyfa, buah hati nana n zalah yang comel tu, hehehe...

asyfa aina bt syaizalah, anak buah pertama geng jalan kangkung, hehe (gambar cilok dr FB nana)
petang kol 5.30pm kuar balik g SACC sebab teman cik ngah nak beli bedak maybelline dia yang dah abis tu..pusing2 watson, ternampak produk Simply Siti, terus carik liquid eye liner yang dikatakan sangat menarik perhatian itu..hehe
sudahnya,
saya sambar la satu liqiud eye liner tu, hehehe..nak pakai tak tau bila, tapi takpelah, wat stok dalam beg makeup saya yang tak seberapa tu, hahaha
sampai jumpa lagi
p/s: lagi sekali gambar makan2 tak dok sebab lupa bawa kamera..sebab panjang ceritanya, len kali la saya cerita, tu pun kalau saya ingat, hehe
No comments:
Post a Comment