Tuesday, April 27, 2010

e-filing

sudah buat e-filing ke belum? eh, belum? cepat pergi buka laman web LHDN dan tengok tarikh tutup dia, mesti lepas tengok tu akan cepat-cepat g buat e-filing, hehe
yea, tarikh tutup dia 30 hb ni, esok lusa jek lagi yek..

saya sibuk tanya-tanya orang, saya ni dah buat ke belum?
saya dah buat dah, 27hb hari tu, hehehe
kejap jek buat e-filing ni.
tak sampai 5 minit pun.
berita gembiranya lepas buat e-filing itu ialah bila notes paling bawah tu keluar.
iaitu CUKAI TERLEBIH BAYAR: RMX,XXX.XX
hehehe, seronok giler.

harap2 kali ni LHDN pulangkan duit cukai terlebih bayar tu.
jangan jadi macam tahun lepas, saya ada lebihan dalam RM500 lebih, dia tak pulangkan, siap hantar surat kata cukai ada lagi kena bayar RM250, siot jek..(tapi saya tak bayar pun, lantak lah, hahahahah)

takpe, kita tunggu dan lihat tahun ni pulak.
kalau tak bayar balik gak, saya nak g marah LHDN (wah, sungguh berani bunyinya, tapi mampukah, hahahaha)

oklah, nak sambung aktiviti blog hopping, hehehe

sampai jumpa lagi
p/s: Metrojaya ada warehouse sale kat Stadium Malawati, Seksyen 13 Shah Alam bermula 28 April hingga 2 Mei, tapi saya tak dapat pergi sebab kerja, huhu

Monday, April 26, 2010

menu pantang


(ikan goreng yang jadi menu wajib saya walaupun sebenarnya dah tak larat nak telan, hehehe..harap maaflah kalau gambar tak cun..hahaha)



(menu tambahan bagi hilang boring mulut yang makan dan mata yang menengok, sayur campur baling-baling, hihi)


walaupun tempoh pantang saya selama 44 hari dah abis 16 April lalu, tapi menu saya masih lagi kekal macam orang masih pantang, konon2nya harap boleh kekal kurus macam dalam pantang lah, tapi hasilnya, yang ado!! huhu, sungguh sedih yek..


nampak gayanya, menu cincai bancai saya pada hujung minggu lalu, tidak berjaya atau ayat kejamnya, tidak membantu saya untuk kekal kurus kerana rakan2 opis kata, saya dah kembali gemukss (seperti yang dipost dalam entri sebelum ini)..huhuhu

oklah, nak bersedih jap sebab badan dah kembali ke bentuk asal iaitu bulat macam belon ada air..hahaha

sampai jumpa lagi
p/s: weekend kali ni pun menyumbang kepada kebulatan saya sebab Abe berjaya mempengaruhi saya berkunjung ke restoran makanan segera yang popular dgn resipi ayamnya tu..nanti cerita di post akan datang yek..hehehe

Thursday, April 22, 2010

gemukss + ngantukss



pic googles: jangan terpedaya dengan gambar di atas, saya tdak lah sekurus itu suatu ketika dulu, hahaha..tapi alangkah bagusnya kalau perut saya boleh jadi selangsing itu, huhu



moment saya kurus hanya seketika, huhu..sekarang saya rasa badan dah kembali gemukss..huhu
baru dua minggu saya masuk kerja, badan dah naik balik. mcm mana nak kekalkan badan yang langsing ni..
rasanya saya tkde la banyak makan pun, rasanya lah, haha
apa kata saya kembali amalkan menu masa saya pantang 44 hari lalu, agak2 berkesan tak makan nasi putih ngan ikan bakar jek..atau perlu ke makan herbal life atau jus mate, mmmmmm??
takpelah, nanti saya fikirkan la mcm mn nk kuruskan badan..bila dah kembali kurus, saya gebangkan di blog kesayangan ini yek, hehe




(gaya tido saya tidak lah secantik gambar diatas sebab saya tak cantik mcm perempuan dalam gambar tu, hahahaha..pics amik dr google)

satu lagi masalah saya ialah, sejak akhir akhir ni, saya selalu sangat cepat mengantuk. jam baru kol 9 malam, tapi sangap dan berbelas kali, mcm mana nih, nak tengok drama bersiri kegemaran pun tak sempat. abis sudah tertinggal episod drama Asmaradana yang bersiaran setiap Selasa hingga Khamis di TV3 jam 10.30 malam tuh (bagi full detail, takut org len yg tak pernah nengok citer nih, nk join tgk, hehehe) sebab saya kol 9.30 dah tido..huhu, mcm mn nih..ntah2 citer dah abis dah, hahaha

org kata, kalau badan cepat ngantuk tuh maknanya badan kita banyak kolestrol...huhu.
mungkin jgk kot, sebab skrg kan saya dah kembali gemukss..harap2 saya bleh amalkan gaya hidup sihat lepas ni (verangan jek ni, hhaha)

sampai jumpa lagi
p/s: esok cadangnya nk g menjenguk gerai mychermin yang diusahakan angah dan kid di jumble sale, seksyen 7 shah alam, harap2 misi esok berjaya, hehe

Sunday, April 18, 2010

geng jalan kangkung...ber- gathering

acececeh, tajuk bergeng segala, macam geng pecah rumah plak, haha

Jalan Kangkung, seksyen 24, shah alam sebenarnya rumah yang saya duduk bersama lima BFF selepas habis belajar dulu, then silih berganti penyewanya, sebab ada yang dah kawin, so kena la pindah, dan di ganti dengan penyewa baru, termasuklah saya yang sudah dua kali berpindah sejak kawin dua tahun lalu. so, total yang pernah menetap dan masih menetap di jalan kangkung ialah lapan orang iaitu saya, cik ngah, kak yani, ita, nana, meare dan lat n along yang dikategorikan penyewa baru..hehehe

penyewa tegar yang masih tinggal di rumah itu ialah BFF saya iaitu cik ngah, sebab dia lum kawin lagi, so kena lah terus dok situ lagi pun rumah tu mmg dekat ngan tmpt keje dia..

oklah, untuk perihal geng jalan kangkung ni, nanti saya cerita satu2 pasal diaorg dekat entri lain yek..hehehe



nilah dia geng jalan kangkung (saya? tiada dalam gambar sebab ms ni dah jadi puan n along blum pindah msk, hehe)


kali ni nak cerita pasal gathering kat umah salah seorang bekas penyewa rumah Jalan Kangkung iaitu Ita yang dah kawin hujung tahun lalu..ala-ala reU kecil-kecilan geng jalan kangkung la ni (tapi nana n meare tak dapat join), sekali gus ngan majlis makan2 yang dibuat oleh tuan rumah sempena masuk rumah baru, hehe..

kami (geng jalan kangkung- dulu dan kini) gerak ke umah Ita di Saujana Utama lebih kurang jalan 12.30 pm. singgah g seksyen 9 jap, beli Dominos Pizza sebagai buah tangan tuk bawa g umah Ita (takkan g umah orang nak bawa tangan kosong je kan, hehe)..
Sampai umah ita dalam kol 1.30 kot, lupa dah sbb masa sampai, mmg tak tgk jam kat tangan, hahaha...

btw, g sana naik keta baru cik ngah, buah hati oren dia tu, n dia yang drive okeh, dengan berhemahnya, maklumlah orang baru berjinak-jinak dengan dunia pemanduan ini, mesti la bawa keta slow n steady jek, (macam saya gak, kategori bawak keta slow yang kalau kat highway, mesti dok lorong paling kiri, hehehehe)




buah hati oren cik ngah (pic ihsan google) tp keta dia pun mmg sejibik cam ni, lum diubah apa2 pun, hehe


menu semalam ialah pizza yang kami bawa tu n special menu dari ita ialah laksa penang...saya tak leh makan laksa lagi, so tak tau mcm mana rasanya, tapi geng2 lain cakap, sedap sangat smp kak yani tambah sampai dua mangkuk, hebat betul penangan air tangan ita, sampai bertambah2 semua orang makan, hehehe...
rugi saya tak dapat rasa...
apa yang saya makan semalam?

menunya ialah nasi goreng yang ita wat tuk sarapan pagi tapi sedap, hehehe..plus pizza yang dibawa, saya ngap sampai dua tiga slice, belasah jek walaupun dalam pizza tu ada bahan2 yang saya tak leh makan, tapi sib baik lepas makan tak sakit sana sini..syukur..

gerak balik dari umah ita, kol 3.30pm.. lepak kat jalan kangkung jap tunggu nana datang hantar kek coklat yang tak sempat bawa g umah ita sebab hubby dia baru blk keje, tak sempat g saujana utama. so, dia singgah kat jalan kangkung jap, dapat la jmp asyfa, buah hati nana n zalah yang comel tu, hehehe...




asyfa aina bt syaizalah, anak buah pertama geng jalan kangkung, hehe (gambar cilok dr FB nana)

petang kol 5.30pm kuar balik g SACC sebab teman cik ngah nak beli bedak maybelline dia yang dah abis tu..pusing2 watson, ternampak produk Simply Siti, terus carik liquid eye liner yang dikatakan sangat menarik perhatian itu..hehe
sudahnya,
saya sambar la satu liqiud eye liner tu, hehehe..nak pakai tak tau bila, tapi takpelah, wat stok dalam beg makeup saya yang tak seberapa tu, hahaha

sampai jumpa lagi
p/s: lagi sekali gambar makan2 tak dok sebab lupa bawa kamera..sebab panjang ceritanya, len kali la saya cerita, tu pun kalau saya ingat, hehe

Saturday, April 17, 2010

check up at PPUM

semalam g check kat PPUM selepas 44 hari berpantang.
patutnya appointment kol 3 petang, tapi g lambat, so daftar la kol 3.30 petang, so dapat la nombor giliran 6041.
ingatkan ada 6 ribu pesakit tengah tunggu nak jumpa doktor, sampaikan ada sorang kakak tu siap tanya kat kaunter pendaftaran, nombor dia lambat lagi ke sebab nombor kat papan nombor giliran tu (okeh, abaikan perkataan nombor yang banyak sangat tuh, haha) baru lima ribu. (pengsan okeh kalau betul ada beribu-ribu orang que nak jmpa doktor, haha)
sib baik petugas kat kaunter kata bukan beribu pesakit, cuma mungkin dalam sepuluh atau dua puluh orang jerk..ikut nombor giliran kat belakang tu.
maknanya, kalau nombor saya 41, n nombor giliran sekarang, 6001, ada lagi 40 orang perlu saya tunggu baru sampai giliran saya, hoh, lama seh kena tunggu..takpe la, nak wat cm mn..huhu

tunggu punya tunggu, tengok kat papan nombor giliran, panggilan masuk ke bilik doktor, tak sama..pelik sekejap (maklumlah, sebelum ni tak pernah g sepital check cam skrg yek, haha)
lepas tu penat duduk kat kerusi keras, pindah dok kat sofa empuk skit, baru terperasan papan tanda berbunyi.."SETIAP PESAKIT AKAN DIPERIKSA MENGIKUT DOKTOR PAKAR YANG BERBEZA, JADI PANGGILAN NOMBOR GILIRAN MUNGKIN TIDAK MENGIKUT GILIRAN, HARAP BERSABAR (okeh, yang bersabar tu saya tambah sendiri, haha)..
ooo..baru faham..hahahahaha..gelakkan diri sendiri jap, kekekeke..

tunggu punya tunggu lagi, nak terkucil la plak, sib baik Abe kata jangan g toilet dulu takut sampai turn saya, orgnya takdok plak g toilet..rupnya betul tekaan Abe, baru kejap dia cakap cam tu, akhirnya tiba giliran saya, hoorey..(penat okeh tunggu sampai 2 jam, melepek kat sofa klinik tu!!)

ok, masuk jmpa doktor, sib baik doktor pompuan..takut kalau dapat doktor lelaki sebab takut dia selak2 (yea la, selak kain la, apa lagi, heheheh) utk scan cam sebelum ni..
rupa-rupanya..kejadian itu tidak berlaku..heheh, lega..malah doktor ni takde pun pegang2 tgk perut saya atau soh baring ke apa2..ok fine, senang keje saya (eh, senang keje saya ke keje doktor?? hehehe)

tapi agak kecewa jugak, sebab tunggu dua jam, doktor cuma bagitau:
" ok, sah keputusan diagnostic awak ada ectopic pregnancy (dah tau la doktor, dah buang dah pun) dan kita akan bagi acid foliclah sebab awak plan untuk dapt baby lagi di masa depan, so kena makan acid folic...buat masa sekrang kena plan dulu la ye..ok itu saja, saya discharge awak, jgn lupa makan ubat yea..itu saja.."

mungkin doktor nak cepat kot, sebab jam dah kol 5 petang, dia dah nak balik, hehehe..takpela doktor, disebabkan doktor nak balik awal, tak jadi la saya nak tanya mcm2, huhuhu..
apapun. saya berharap lepas ni Allah masih membuka peluang untuk saya dapat baby lagi..Amin..


lepas check up, sempat lagi g teman Abe beli spare part moto dia sebab hilang kena curik ngan sapa ntah masa parking moto kat umah..sian hubby, selalu spare part moto dia kena curi, tak faham tol ngan manusia yang suka ambil hak orang nih..

alang2 dah dekat pj, terus lajak g sunway pyramid, tgk wayang okeh, hehehe
ceritanya..clash of the titans..best la jgk, tapi kena hati2 la tgk sebab citer agak mengarut, ada ke Hades tu penjaga neraka dan Zeus tu penjaga Syurga..ish..ish..

ok la, sampai jumpa lagi...
p/s: gambar2 penat menunggu ketika di klinik gynea PPUM n kat Sunway Pyramid lupa nak snap, sebab tak bercadang pun nak post entri ni, hehehe